HARI TERBUKA & PERASMIAN PI GUNUNG HILIR SERTA PELANCARAN PROGRAM "JOM SIHAT & SELAMAT@MUKIM GUNONG"
29 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Program tahunan Hari Terbuka Q1 dan majlis perasmian telah diadakan di Pusat Internet Gunung Hilir secara besar-besaran pada 28 Mei 2015,Khamis yang lalu setelah hampir setahun PI beroperasi. Program tersebut melibatkan beberapa pihak dari Tabika Kemas, Amanah Ikhtiar Malaysia, pejabat penghulu dan JKKK Kampung serta komuniti setempat. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Hj Abdullah Hasnan bin Kamaruddin wakil kepada Yb Dato Norsabrina Mohd Noor, Exco ICT Kedah bersama komuniti setempat bagi menjayakan majlis tersebut.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
Hari : Khamis
Tarikh : 28 Mei 2015
Tempat : Pusat Internet Gunung Hilir
Kehadiran : 150- 200 orang
Tujuan: Program diadakan:-
•Merasmikan PI Gunung Hilir, Kedah
•Memperkenalkan PI Gunung Hilir dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada penduduk sekitar
•Memupuk minat penduduk terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.
•Menjalinkan hubungan yang erat antara komuniti dan staf PI dalam mengeratkan hubungan silaturahim.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
•Taklimat "Kenali Ubat Anda" dari Pejabat Kesihatan Daerah
•Kempen "Mencegah Jenayah" dari PDRM
•Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Alor Janggus
•Demo Painting
•Puzzle Klik Dengan Bijak (KDB)
•Deco Cup Cake
•Sukaneka Rakyat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: